Monday 26 November 2012

Kesempurnaan wuduk

Berikut merupakan cara-cara mendapatkan wuduk yang lebih sempurna:
  • Mendahulukan bahagian tubuh yang sebelah kanan
  • Mengulangi membasuh setiap anggota wuduk sebanyak 3 kali
  • Tidak berkata-kata
  • Menghadap kiblat
  • Berniat
  • Membaca basmalah
  • Membasuh telapak tangan hingga ke pergelangan
  • Berkumur
  • Menggosok gigi (bersiwak)
  • Membersihkan hidung
  • Membasuh muka
  • Membasuh tangan hingga ke siku
  • Mengusap sebagian kepala
  • Mengusap kedua telinga; luar dan dalam
  • Membasuh kaki hingga ke buku lali
  • Membaca doa sesudah berwuduk
  • Bersolat sunat wuduk sebanyak 2 raka'at.
  • Tertib (berurutan)
 

Perkara-perkara sunat ketika berwuduk

 
Menghadap ke arah Kiblat.
  • Membaca "Auuzubillah himinasyaitonirrajim" dan "Bismillah hirrahman nirrahim".
  • Membasuh kedua telapak tangan hingga kepergelangan tangan sebelum berwudhu'.
  • Berkumur atau bersugi.
  • Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan mengeluarkannya kembali.
  • Menyapu air ke kepala.
  • Memusing-musingkan cincin jika ada di jari.
  • Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata.
  • Menjelai jari-jari tangan dan kaki.
  • Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada yang kiri.
  • Mengulang 3 Kali setiap basuhan.
  • Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong menuangkan air sewaktu berwudhu'.
  • Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wudhu' dengan kain atau sebagainya.
  • Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekas atau ketimba.
  • Berjimat ketika menggunakan air.
  • Jangan berkata-kata atau bersembang ketika mengerjakan wudhu'.
  • Membaca Doa Selepas wudhu'setelah selesai berwudhu'.

Monday 19 November 2012

Kelebihan berwuduk

                                    
 
Riwayat:  Muslim
Hadith: 
Daripada Abu Hurairah RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, ”Apabila seorang muslim atau mukmin berwuduk, maka dia membasuh mukanya keluarlah daripada mukanya itu segala dosa yang dilakukan oleh matanya bersama air atau bersama dengan titisan air yang akhir. Apabila dia membasuh kedua tangannya keluarlah daripada keduanya segala dosa yang dilakukan oleh tangannya bersama air atau bersama titisan air yang akhir. Apabila dia membasuh kedua kakinya keluarlah segala dosa yang dilakukan oleh kedua kakinya bersama air atau bersama titisan air yang akhir sehingga bersihlah dia daripada segala dosa.”
Huraian Hadith: 
  1. Dua kelebihan berwuduk ialah jasad seseorang akan bersih daripada kekotoran dan jiwa pula bersih daripada dosa.
  2. Wuduk yang dilakukan dengan cermat dan sempurna boleh menghapuskan dosa-dosa kecil yang dilakukan.

Perkara yang membatalkan wuduk

Wuduk kita akan terbatal sekiranya kita :-

1. Keluar sesuatu benda sama ada daripada qubul dan dubur.
 
2. Bersentuh kulit lelaki dan perempuan yang bukan muhrim tanpa berlapik.
 
3. Tidur tidak tetap punggung.
 
4. Hilang akal sebab mabuk, pitam, sakit atau gila.

5.  Menyentuh kemaluan dengan tapak tangan.

Adik-adik perlu hayati dan ingat perkara-perkara di atas  agar semua ibadah yang kita lakukan akan diterima oleh Allah.

Sunday 18 November 2012



Berwuduk

Adik-adik sebelum bersolat, kita perlu berwuduk terlebih dahulu.
Wuduk ialah membasuh anggota tertentu dengan menggunakan air mutlak.

Tujuan berwuduk ialah:-
  • untuk melakukan solat
  • menyentuh  dan membawa Al Quran
  • melakukan Tawaf
 Rukun Wuduk

1. Niat lafaz wuduk ialah




2. Membasuh muka




3. Membasuh kedua tangan hingga ke siku

 
 
4. Menyapu sedikit air di kepala



5. Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali



 6. Tertib (mengikut urutan)

Selepas berwuduk kita disunatkan membaca doa.

Doa selepas Wuduk

 



















Wednesday 14 November 2012

Kelebihan bulan Islam (Muharram)

Setiap  bulan Islam menyimpan  1001 kelebihan. Beramallah dengan kelebihan dan rebutlah kesampatan untuk memanfaatkan kelebihan beribadah dalam bulan-bulan yang mempunyai 1001 kelebihan ini.

Tahukah anda kelebihan Bulan Muharram?

Pada 1 Muharram
1. Kita disunatkan berpuasa
2. Tahun Hijriah bermula pada masa pemerintahan Khalifah Umar Al Khatatab (13-23H)

Pada 10 Muharram
  1. Dikenali juga dengan nama Hari Asyura.
  2. Disunatkan berpuasa
      Berlakunya:-
  1. Hari pertama Allah mencipta alam.
  2. Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
  3. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  4. Allah menjadikan Arasy.
  5. Allah menjadikan Luz Mahfuz.
  6. Allah menjadikan Qalam.
  7. Allah menjadikan Malaikat Jibrail.
  8. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  9. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke  langit.
  10. Nabi Nuh di selamatkan Allah daripada hangus dibakar oleh Raja Namrud.
  11. Allah menurunkan kitab Taurat kepada nabi Musa.
  12. Nabi Yusuf dibebaskan daripada penjara.
  13. Penglihatan nabi Yaakub kabur dipulihkan oleh Allah.
  14. Nabi Ayub disembuhkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  15. Nabi Yunus selamat dari perut ikan paus sepanjang berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  16. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya daripada Firaun.
  17. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  18. Nabi sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  19. Nabi Isa diangkat ke langit.


Surah An Nas