ADAB ISLAMIAH





Adab Makan

Tata-tertib makan

Ada tiga keterangan yang harus diperhatikan oleh seseorang yang sedang menghadapi makanan, iaitu;

          Pertama: Adab orang yang mahu memulakan makan.

          Kedua : Adab semasa
makan.

          Ketiga: Adab sesudah makan.


PERTAMA: ADAB ORANG YANG MAHU MEMULAKAN MAKAN.

1. Berpakaian bersih

2. Pastikan makanan itu halal dan baik
3. Mencuci tangan hingga bersih
4. Duduk dengan tertib
5. Membaca doa makan
 
اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابً النَّارِ




1. Ambil makanan yang paling hampir
2. Tidak berebut-rebut mengambil makanan
3. Tidak minum sekali gus
4. Utamakan orang yang lebih tua ketika mengambil makanan
5. Ambil makanan dengan tangan kanan.

KETIGA : ADAB SESUDAH MAKAN

1. Membaca doa makan

2. Berhenti makan sebelum makan
3. Cuci tangan
4. Bersihkan tempat makan

KELEBIHAN ORANG YANG MENGAMALKAN ADAB MAKAN

1. Melatih diri supaya berdisiplin
2. Mengambarkan peribadi seorang Islam
3. Sihat tubuh badan
4. Disayangi dan disenangi orang lain

AKIBAT TIDAK BERAMAL DENGAN ADAB MAKAN

1. Di pandang hina oleh masyarakat
2. Dijauhi oleh masyarakat
3. Menjejaskan kesihatan tubuh badan

_____________________________________________________________________________

 
ADAB TERHADAP IBUBAPA

Sebagai seorang beragama Islam kita wajib mentaati kedua ibubapa dan menjaga ibu bapa dengan penuh kasing sayang. Ibubapa adalah orang yang paling hampir dengan kita dan banyak berjasa kepada kita. Oleh itu kita sebagai anak perlu mengamalkan adab-adab terhadap ibubapa. Antara adab-adab tersebut ialah:

1. Menyahut panggilan ibubapa dengan segera
2. Merendahkan suara apabila bercakap dengan mereka
3. Mengembirakan hati mereka
4. Membantu mereka
5. Memandang mukanya apila bercakap
6. Mendoakan kesejahteraan mereka.

KELEBIHAN BERADAB DENGAN IBUBAPA

1. Akan dikasihi Allah dan keluarga serta rakan
2. Menjadi anak yang soleh dan dicontohi oleh orang lain
3. Akan diberi ganjaran syurga oleh Allah
4. Sentiasa mendapat keberkatan hidup.

AKIBAT TIDAK MENGAMALKAN ADAB DENGAN IBUBAPA

1. Mendapat dosa
2. Tidak disayangi ibubapa
3. Menjadi anak yang durhaka
4. Mendapat balasan neraka daripada Allah.
5. Dihina dan dibenci oleh masyarakat


________________________________________________________________________________

 

ADAB BERSAMA RAKAN

Rakan adalah orang yang selalu bersama kita samada kita susah dan senang. Rakan yang baik akan mendorong kita melakukan kebaikan manakala rakan yang tidak baik sentiasa mengajak kita melakukan perkara yang bertentangan dengan adab dan perlakuan orang islam. Oleh itu kita perlu berhati-hati semasa memilih kawan. Anatar adab bergaul dengan rakan ialah:

1. Hendaklah menggunakan bahasa yang baik semasa bercakap
2. Bergaulah dengan mesra dan sopan
3. Beri pertolongan kepada rakan dengan ikhlas hati
4. Elakkan bertengkar dan berkelahi 

KESAN BERAMAL DENGAN ADAB BERSAMA RAKAN

1. Mendapat ganjaran pahala daripada Allah
2. Dapat mengeratkan hubungan dengan kawan
3. Kehidupan yang harmoni
4. Mendapat ramai lawan

AKIBAT TIDAK BERAMAL DENGAN ADAB BERSAMA RAKAN

1. Mendapat dosa dan malu
2. Dibenci oleh rakan
3.  Disisih atau dipulau oleh rakan
4. Hidup dalam keadaan tidak aman


No comments:

Post a Comment