IBADAH

BERSUCI

Bersuci ialah menghilangkan hadas atau najis daripada tubuh badan , pakaian dan tempat.


AKIBAT MENGABAIKAN PERBUATAN BERSUCI

  1. Mudah dijangkiti penyakit.
  2. Ibadah tidak sah.
  3. Dibenci rakan
  4. Mendapat dosa.
ISTINJAK

Istinjak ialah membersihkan qubul atau dubur dengan air mutlak, sekiranya tiada air boleh menggunakan benda kesat contoh batu, tisu, daun kering dan lain-lain lagi.

CARA-CARA BERISTINJAK


Menggunakan air

  1.  Siramkan air mutlak, gunakan tangan kanan.
  2. Basuh qubul dan dubur guna tangan kiri.
  3. Basuh hingga bersih.

Menggunakan benda kesat

  1. Gunakan sekurang-kurangnya 3 biji batu atau benda kesat.
  2. Gosok pada qubul atau dubur sehingga diyakini bersih.


Kepentingan beristinjak


  1. Sah Ibadah  dan diterima oleh Allah.
  2. Sihat Rohani dan Jasmani.
  3. Mengambarkan akhlak mulia orang Islam.
  4. Membezakan manusia dengan haiwan.

JENIS-JENIS AIR MUTLAK


 1)Air Laut
   


 2) Air Sungai











3) Air Mata Air
 




4) Air Hujan



5) Air Embun



 
6) Air Salji
 




7) Air Perigi /Telaga









_____________________________________________________________________

Adab-adab qada hajat.



Sebelum qada hajat

  • menutup kepada
  • memakai alas kaki
  • tidak membawa sesuatu yang tertulis dengan nama Allah dan Rasul
  • Langkah masuk dengan kaki kiri
  • membaca doa masuk tandas.
 

Semasa qada hajat

  • hendaklah duduk
  • dilarang bercakap atau makan
Selepas qada hajat

  • langkah keluar dengan kaki kanan
  • cuci tandas selepas digunakan
  • membaca doa keluar tandas

No comments:

Post a Comment